Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas keizinan-Nya sekali lagi kita
berjaya mengadakan Persidangan Pengurusan Pengetua Sekolah Menengah
Sabah kali ke-34 pada tahun ini. Pada kesempatan kali ini, saya ingin
menyampaikan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa
Induk dan Pengelola persidangan kali ini kerana berjaya menganjurkan
persidangan tahunan ini biarpun dalam keterbatasan sumber kewangan. Oleh
itu, saya berharap semoga persidangan kali ini yang membawa tema,
“Pengetua Berkualiti Menjana Modal Insan Cemerlang” mampu mancapai
matlamatnya demi meningkatkan kualiti kepemimpinan pengetua agar kualiti
pendidikan di Sabah berdaya saing dengan negeri-negari lain di
Malaysia.
NKRA Pendidikan Malaysia dan Penilaian Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) merupakan kayu ukur dalam menentukan prestasi kita
semua selaku peneraju utama di sekolah. Hal ini merupakan cabaran utama
yang seharusnya kita harungi bersama-sama demi meningkatkan kualiti kita
sebagai pengetua. Kualiti seseorang pengetua akan menentukan sama ada
melalui sistem pendidikan, kita mampu menjana anak didik yang cemerlang
dari segala aspek demi meredah gelombang globalisasi yang kian
mengganas. Kitalah yang harus mencorak kecemerlangan anak didik kita
agar mampu ‘memasarkan’ diri masing-masing demi memenuhi tuntutan
semasa.
Sehubungan itu, gaya kepimpinan pengetua yang berkualiti
perlu mengguna pakai pelbagai pendekatan agar mampu menghasilkan gaya
kepimpinan yang kreatif dan inovatif. Hal ini selari dengan tuntutan
dunia pendidikan yang kian rencam dan mencabar. Kewibawaan kita sebagai
pengetua kerap teruji yang menuntut suatu tindakan yang berhemah, bijak
dan tuntas sesuai dengan mandat yang sedang diguna pakai. Semoga
persidangan kali ini mampu memberi impak yang besar untuk membawa bidang
pendidikan di negeri Sabah ini ke tahap yang diharapkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Akhir
bicara, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan AJK
PPSMS dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan persidangan kali ini. Selamat bersidang saya ucapkan
kepada semua pengetua.
Sekian, wassalam.
LIASIN KALOH
Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah.
No comments:
Post a Comment